Pages

Sunday, November 6, 2011

Aktiviti Ibadah Korban Lembu....Apa Pulak Korban Anda Tahun 2011??

~~Ibadah Korban - Menyembelih Haiwan Ternakan~~


Fuhhh...!! Penat betul mengikuti program ibadah korban yang dilakukan di Perkampungan Bukit Sekilau, Kuantan. Aku tak terlibat pun, tetapi datang membuat liputan dan melihat mereka-mereka membuat kerja pun aku dah dapat rasa kepenatan yang di alami. Terutamanya kerja-kerja melapah lembu.


Kadang-kadang nampak mudah. Tetapi, cuba try test tengok. Nak boleh habiskan kerja melapah seekor lembu pun dah berpeluh-peluh macam baru lepas main futsal 1 jam FULL TIME. Memang tabik spring la kepada AJK yang terlibat.


Kenapa aku pergi ke Bukit Sekilau?? Sahabat bengkelku, Gibek yang mengajak aku. Bapa Gibek merupakan seorang taukeh lembu. Jadi, semestinya meriah dibuatnya. Tadi sahaja lebih kurang 15 ekor lembu ditumbangkan. Itu setakat yang aku sempat jenguk. Aku balik awal sebab tak larat nak tunggu sampai program tamat.


Berhubung dengan Hari Raya Korban ini, apakah korban anda untuk tahun 2011 ini?? Jom kita bincang borak-borak di ruangan komen di bawah. 


Seperti yang dijanjikan, aku muat naik gambar-gambar Jackpot yang sempat diambil sepanjang program ibadah korban itu. 


p/s: untuk tontonan 18 tahun ke atas. Kanak-kanak sila dapatkan bimbingan daripada ibu bapa. ;)

































(Aktiviti Ibadah Korban Perkampungan Bukit Sekilau)

No comments:

Post a Comment