Pages

Saturday, November 5, 2011

Selamat Tinggal Kuala Lumpur, Selamat Hari Raya Haji

~~Kuantan~~Kuala Lumpur~~Kuantan~~


Kalau ikut pepatah geng-geng Toyota Vios Tuners (TVT), Kuantan ke Kuala Lumpur dekat, tetapi Kuala Lumpur ke Kuantan jauh...??? Macam mana tu ye??? 


Walau ape-ape pun, syukur Alhamdulillah cukup 2 minggu aku kat Kuala Lumpur nih atas urusan kerja. Jadi, sekarang merupakan masa untuk aku pulang ke kampung halaman iaitu Kuantan.... Semalam info-info daripada BBM, Facebook mengatakan jalan sesak ke semua arah keluar dari Kuala Lumpur sebab semua balik cuti beraya, Hari Raya Haji. Dan sememangnya semalam aku tengok tol Duke sesak di lorong bayar tunai. 


Selamatlah aku ada SmartTag, harap-harap mampu elak kesesakan, walaupun rasanya sesak semacam. So, sekarang barang-barang semua dah packing. Tunggu nak turun start enjin kereta dan panaskan bagi kereta tu selesa dengan suhu semasa. ;)


Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan kepada you all semua Selamat Bercuti, Selamat Berhari Raya Haji. Pandulah kereta dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Walau jauh dimata, tetapi amat dekat dihati. Love & Peace.

No comments:

Post a Comment