Pages

Saturday, November 5, 2011

Lebuhraya ke Pantai Timur Sesak

~~ Syukur Alhamdulillah Selamat Tiba Ke Kampung Halaman ~~


Setelah penat berhempas pulas menempuhin kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pantai Timur, terutama di Karak dan Bentong, akhirnya aku berjaya juga sampai ke kampung halamanku, Kuantan. Kesesakan ini merupakan pengalamanku yang pertama dalam diari hidup memandangkan aku berada pada waktu dan tarikh yang tepat untuk bersama-sama dengan warga kota menyertai kesesakan ini.


Dengan memandu kereta transmisi manual seorang diri, agak penat dan membosankan. Namun, kerana perlu juga balik, ku gagahi jua. :p


Sepanjang perjalanan, terdapat juga banyak kereta yang rosak dan terpaksa berhenti di tepi jalan, ada yang berkeluarga bersama anak-anak kecil. Kesian juga aku tengok. Namun, aku tidak dapat membantu. Tidak kurang juga banyak berlaku insiden kemalangan.


Di sini aku up beberapa gambar yang sempat aku 'snap' ketika kesesakan jalan raya tersebut.



Kesesakan yang berlaku sebelum dan selepas Tol Gombak (UIA Gombak)



Keadaan kesesakan di Lebuhraya Karak









Pihak Lebuhraya PLUS mengambil inisiatif membuka lorong tambahan




Lorong terowong Karak dibahagi dua










Ter'JACKPOT' supercar Ferrari di LPT Highway - Keadaan trafik lega sedikit











Telah tiba di Exit Gambang - Syukur



P/s: Kepada yang masih meneruskan perjalanan atau baru ingin memulakan perjalanan, rancang perjalanan anda dengan baik, dan pandulah dengan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment