Pages

Monday, November 7, 2011

Big Apple - Donuts yang sungguh LAZAT!!!

Semalam kakak aku mengajak aku pergi East Coast Mall untuk pergi makan Big Apple. Senang cerita jadi dirver dia la. Hahahaha. Upahnya dia belanja aku 2 ketul donuts Big Apple. Sebenarnya anak dia merangkap anak buah aku yang beriya-iya nak makan donuts. Memang boleh dikatakan hantu donuts la. 



So aku lah semalam yang kene pandu kereta sampai ke mall. Bila dah sampai, terus pergi ke kedai Big Apple. Takde nak singgah mana-mana dah. So, kakak aku order Box of 12. Apalagi, bermulalah sessi tunjuk-menunjuk dan pilih memilih donuts. Kebanyakan donuts dipilih sendiri oleh anak buah aku yang buas tu. 




Bila tiba kat kaunter nak buat bayaran, aku tertarik ngan donuts Big Apple berbentuk Shushi, iaitu Donushi. Chomell je bentuk donuts ala-ala shushi. Aku hanya sempat ambil gambar. Mungkin selepas ni aku nak cuba rasa pulak. Sebab aku tak pernah beli. 




Lepas dah bayar, apa lagi. Sessi makan bermula. Kita orang lepak makan situ, outdoor area. Memang santai dan seronok dapat makan sambil melepak. Selamat makan ye rakan-rakan.










No comments:

Post a Comment