Pages

Friday, November 4, 2011

Digital Lomography Camera

~~~Digital with Analog Ascent~~~


Some people said involving in film camera will get caught in high usage of money. Maksudnya banyak duit yang perlu digunakan terutama untuk membeli filem, apatah lagi proses filem. Rata-rata akan hantar filem mereka ke kedai gambar untuk diproses. Di situlah modal harus dikeluarkan apabila berkecimpung dalam dunia Lomography berasaskan filem. Namun bagi yang minat, duit bukan penghalang. Apa yang lebih penting adalah kepuasan dalam berkarya.

Digital world came after Analog. Begitu juga dengan Lomography. Terdapat pelbagai jenis dan model kamera digital Lomography. Namun bagi aku, tiada isilah kamera digital Lomography. Lomography tetap TOY CAMERA yang menggunakan filem. Yang ada diluar sana adalah Digital Kamera bercirikan Lomography

Apa yang ingin aku maksudkan adalah spesifikasi kamera digital tersebut yang mampu menghasilkan gambar seakan-akan Lomography. Terdapat pelbagai jenis kamera digital Lomography di pasaran. Anda semua boleh layari Google.com, Mudah.my atau Lelong.com.my untuk mendapatkan bermacam-macam jenis kamera digital Lomography yang dijual.

Namun, terdapat satu model kamera digital Lomography yang aku cukup minat. Namanya Minimo Minimo-X Digital Lomo Limited Edition keluaran Superheadz. Kenapa aku teramat suka dengan kamera ini???? Akan aku kupaskan dalam artikel akan datang.


Sabar tau.... ;)

No comments:

Post a Comment